assalamu'alaikum. membina kasih sayang manusia demi kasih sayang Allah.....

Friday, 6 April 2012

Ku Ingin Mencontohi Ahklakmu ya Rasulullah

Allah memuji Rasulullah sebagai manusia berakhlak agung. seberapa agungnya dapat kita bayangkan daripada keagungan yang memujinyanya. Allah memuji nabi dalam firmanNya,

"dan sesungguhnya kamu benar-benar berbudi pekerti agung".
                                                        (surah al-Qalam,ayat 4)

      Keagungan akhlak nabi Muhammad terlihat daripada perilakunya sehari-hari yang terakam dalam sejarah. semua sifat kebaikan ada pada diri baginda. sejak masa mudanya, seluruh masyarakat Mekah mengenali Muhammad sebagai peribadi yang lembut, manis budi bahasanya, penyayang, bijaksana, penuh tanggungjawab, jujur dan tidak pernah berdusta, serta menjauhi diri dari segala macam perbuatan keji.

     mengenai masa kecil baginda, Abu Thalib pernah bercerita, "aku tidak pernah mendengar Muhammad berbohong. Tidak pernah aku melihat baginda melakukan sesuatu yang tidak senonoh. Baginda tidak pernah berbual-bual kosong. Tertawa hanya seperlunya. Tidak pernah leka dalam permainan kanak-kanak sebayanya. Hidupnya selalu sopan, rendah hati, dan bersahaja.

     Akhlak mulia Rasulullah meliputi semua aspek kehidupan. Marilah sama-sama kita menghayati akhlak insan agung kita nabi Muhammad s.a.w...

No comments:

Post a Comment