"SALAHKAN BIARKAN
CINTA ITU BERTAUT KEMBALI..AGGHH!, SUKARNYA, SAAT INGIN MELUPAKANNYA, SI DIA
KEMBALI BERLEGAR-LEGAR DI FIKIRANKU"!!....beginilah keluhan yang sering
didengar dari insan-insan yg sudah 'terjebak' dengan cinta palsu, namun takdir
Allah menentukan mereka ingin kembali ke pangkal jalan.
Hasil
didikan(tarbiyyah) cinta dusta, mengajar kita untuk tidak berpaling ke lembah
hina itu lagi. "putus cinta dan mahu bercinta kembali" perlu dibuang
jauh-jauh. Nyahkan dari otak! Hapuskan dari Hati!
Lihatlah wahai hamba kesayangan Allah, Allah mahu ajar kita, mahu didik kita,
mahu tarbiyyah diri kita, betapa cinta sebelum nikah adalah hina. Mudahnya diri
terperangkap dalam noda dan dosa. Asmara itu tidak bernafsu ketika akad. Kerana
kesuciannya telah dibunuh hidup-hidup oleh kata-kata manis sang jejaka.
Ya ! Mungkin kita cair dengan pujukan dan keindahan rupa si DIA,
tetapi itu tidak menjanjikan kebahagiaan selamanya yang kita cari.Hati kita
sebenarnya tidak puas ! Tidak puas menagih cinta dan kasih sayang manusia.
Cubalah renungkan kembali. Air mata kita begitu murah hanya kerana cinta
manusia ! Lemahnya diri tertawan dengan janji-janji si mulut manis. Tubuh badan
diratah, maruah tergadai dan akhirnya kita ditinggalkan dengan bodoh sekali
apabila sudah muak dan bosan. Andai itu tidak terjadi, bersyukurlah. Tetapi
jika sebaliknya, bagaimana ?
Manusia memuja-muji kekasih kerana tidak kenal Allah. Mereka keliru cinta mana
yang harus dipuja. Justeru, tatkala iman dan kepercayaan tidak utuh, seorang
hamba akan dikepung syahwat dari seluruh arah, dikelilingi sifat keliru dari
semua penjuru. Semua itu akibat dari kelemahan ilmu dan ketumpulan mata hati.
Maka yang dituntut ialah penyesalan. Susahlah sekarang sebelum kita disesalkan
kelak. Oleh itu, siapkanlah jiwamu dicuci, pujuklah diri dengan mendekatkan
diri kepada Allah dan orang-orang soleh, pupuklah diri dengan tarbiyyah yang
betul, kekanglah DIRI dari segala kehendak dan alat yang boleh menjerumuskan
diri ke lembah terkotor itu lagi.
Jika FACEBOOK menjadi punca luka berdarah kembali, Block / deletekan sahaja
DIA dari akaun kehidupanmu ! Tukarlah nama atau profile yang baru.
Jika HANDPHONE menjadi
punca kegersangan cinta, tukar sahaja nombor yang baru tanpa berfikir 2x !
Lemparkan sahaja semua gambar dan kenangan bersamanya di dalam longkang najis !
Bukanlah membenci, tetapi tegas dalam prinsip !!!
Jika dirinya hadir melintasi kepala otak, ambillah sejadah, rendahkan dahi
menyembah bumi, ciumlah haruman syurga segar mewangi sedang menanti doa-doa mu
sebagai tetamuNya. Allah SWT, tuhan kita yang telah lama dipinggirkan juga
tidak putus menunggu air mata untukNya. Ketagih berbicara dengan hambaNya yang
bertaubat dengan penuh penyesalan.
Hakikatnya, kata-kata penulis tidaklah sehebat mana jika dibandingkan ayat-ayat
cinta dari langit. Tentu sahaja semangatnya tidak konsisten dan tidak begitu
mendamaikan hati yang sedang lara dan keliru. Pujuklah diri, renungkan
dalam-dalam dan ajarlah hati untuk menjiwai setiap bait kata-kata Allah ini.
Firman Allah SWT :
" Sesungguhnya beruntung orang-orang yang beriman, (iaitu) orang
yang khusyuk dalam solatnya dan orang yang MENJAUHKAN DIRI dari (perbuatan dan
perkataan) yang tidak berguna, dan orang yang menunaikan zakat, dan orang yang
MEMELIHARA KEMALUANNYA kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau hamba sahaya
yang mereka miliki maka sesungguhnya mereka tidak tercela. Tetapi sesiapa yang
DI CARI BALIK itu (zina dan sebagainya) maka mereka itulah orang-orang yang
MELAMPAUI BATAS. Dan (sungguh beruntung) orang yang memelihara amanat-amanat
dan janjinya, serta orang yang memelihara solatnya. Mereka itulah orang yang
akan mewarisi (yakni) yang akan mewarisi (SYURGA) FIRDAUS, mereka KEKAL di dalamnya".
(Surah Al-Mukminun Ayat 1-11)
No comments:
Post a Comment